Ahad, 20 September 2015



BIHUN GORENG GARING

Bahan Bahan: 
1 bungkus bihun direndam hingga lembut dan tos
1 biji bawang besar dihiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis
garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak





Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis direndam

 Bahan Hiasan:
 Bawang goreng
 Cili merah
 Telur goreng



Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga aromanya naik.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga aromanya naik. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar-benar masak dan garing. 
  3. Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
  4. Sementara itu, gunakan kuali yang lain untuk goreng telur sebagai hiasan dan penambah rasa setelah bihun siap untuk dihidangkan nanti.
  5. Setelah sambal terbit minyak, masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. 
  6. Akhir sekali, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan seperti bawang goreng, cili merah dan telur goreng yang dihiris panjang sebelum dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA PASTI MMMPPPHHHH


Sabtu, 7 Mac 2015


RESEPI DONUT GEBU

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum
3 sudu butter
1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
1/2 cawan susu cair (suam)
1 biji telur (pukul sedikit)
3 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung, yis dan butter. Gaul butter seperti membuat pastry. Guna hujung jari sehingga menjadi seperti bread crumbs. Masukkan garam dan gula.
  2. Buat well tengah-tengah tepung kemudian masukkan telur dan susu suam. Gaulkan dengan cara menarik tepung bahagian atas sampai menutup bancuhan cair.
  3. Gaul sampai dapat segumpal.
  4. Letakkan atas meja dan uli sampai adunan elastik dan tidak melekat-lekat.
  5. Sebaik adunan tidak melekat terus peram dalam mangkuk dan tutup dengan kain bersih, Sebelum itu sapu mangkuk dengan butter sekelilingnya.
  6. Bila adunan sudah mula kembang. Keluarkan dan uli. Bahagian ini boleh dibentukkan dan peram sekali lagi.
  7. Hasil peraman kedua naik gebu. Selepas naik kali kedua ini boleh digoreng dengan api yang tidak terlampau panas. Kemudian hias dengan gula. Terpulang juga pada anda untuk hias donut dengan cheese, coklat atau apa sahaja mengikut citarasa anda.
  8. Siap untuk dihidangkan.


 SELAMAT MENCUBA DONUT GEBU. PASTI AAMMMPPPHHH !!

Jumaat, 6 Mac 2015



DODOL KUKUS TEMERLOH, PAHANG





















Kali ini saya ingin berkongsi resepi dodol kukus yang di kongsi oleh rakan saya dari Temerloh, Pahang. Sebenarnya kali pertama saya mengetahui mengenai resepi dodol kukus ini. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi resepi percubaan kali pertama dari saya.
Di samping itu, saya memang pengemar dodol.

Bahan-bahannya :

100gm tepung pulut hitam
250gm tepung pulut putih
200gm gula halus
1 liter santan dijadikan tahi minyak
sedikit minyak
daun pisang
garam


Cara-cara membuatnya :

  1. masukkan tepung pulut hitam dan tepung pulut putih ke dalam adunan.
  2. kemudian, masukkan gula dan santan.
  3. gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. sediakan loyang dan sapukan sedikit minyak.
  5. letakkan daun pisang dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  6. setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidangkan mengikut citarasa.
SELAMAT MENCUBA. PASTI TERANGKAT. AMMPHHHH!!


Ahad, 22 Februari 2015





Murtabak bersalut maggie

Assalammualaikum. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit resepi yang sedap dan mudah tanpa memerlukan bahan yang banyak. Hanya memerlukan maggi dan telur sahaja. Resepi saya pada kali ini adalah murtabak bersalut maggi.
Penyediaan begitu mudah. Boleh di makan bersama sos ketika panas-panas. Saya sertakan resepi ini di bawah. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

2 bungkus maggi kari
3 biji telur
Sedikit minyak

Cara penyediaan:
  1. Celur maggi dalam air yang mendidih. Jangan sampai kembang. Kemudian, toskan maggi dan letak tepi.
  2. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan perencah kari ke semua 2 bungkus maggi. Kacau seketika.
  3. Masukkan maggi yang telah dicelur tadi ke dalam campuran telur dan gaul rata.
  4. Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan. Tekan sedikit bagi maggi itu padat.
  5. Bila maggi sudah garing, terbalikkan maggi itu.
  6. Bila kedua-dua  belah agak garing dan tidak bercerai maggi itu, boleh angkat. Siap untuk di hidangkan.

          


SELAMAT MENCUBA

Ahad, 1 Februari 2015


MY RESEPI AGAR-AGAR SUMI MERAH

Agar-agar sumi merah


Agar-agar merupakan pencuci mulut yang di gemari oleh semua peringkat umur, terutama sekali kanak-kanak. Agar-agar ini boleh di jamah tidak kira masa.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi resepi agar-agar sumi merah yang di beri sentuhan sedikit oleh saya berbeza sedikit dengan resepi agar-agar yang tersedia ada.
Jom pelajari cara untuk membuatnya.

Bahan-bahannya :

20gm agar-agar kering
200gm-210gm gula
1 helai daun pandan
Sedikit sirap ros
Sumi (sebagai tambahan)


Cara membuatnya :

  1. Masak agar-agar dengan air(ikut sukatan pada bungkusan agar-agar)sehingga agar-agar larut dan sebati.
  2. Kemudian masukkan sirap, daun pandan, dan gula. Kacau sehingga hancur.
  3. Setelah semua larut, tutup api dan curah dalam bekas. Jangan lupa masukkan sekali sumi mengikut kuantiti yang anda inginkan sebelum di curahkan ke dalam bekas.
  4. Sejukkan agar-agar tersebut dalam peti ais. 



Selamat mencuba resepi agar-agar sumi merah yang mudah ini.

Khamis, 22 Januari 2015


MY SIMPLE RESEPI PUDING ROTI

Resepi kali ini adalah percubaan kali pertama dari saya. Resepi ini saya perolehi daripada sahabat saya sendiri. Hasil perkongsian resepi ini, saya berjaya menghasilkan puding roti yang lazat.
Resepi puding ini begitu mudah untuk dipelajari dan dihasilkan  kerana bahan-bahannya mudah diperolehi dan cara-cara penyediaannya juga begitu mudah.
Oleh itu, saya sertakan resepi ringkas puding roti ini untuk berkongsi dengan anda semua.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 3 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*
  • 7 sudu gula(3 sudu untuk gula hangus selebihnya di kisar)

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masak 3 sudu gula sampai gula tersebut perang(gula hangus).
  2. Selepas gula tersebut perang, tutup api.
  3. Masukkan bahan-bahan bertanda * termasuk 4 susu gula ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar halus.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar halus tadi ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang telah di masak itu.
  5. Selepas itu, kukus sampai masak. Setelah di kukus hingga masak, biarkan puding roti tersebut sejuk terlebih dahulu.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangan puding roti sejuk-sejuk memang sedap



Puding roti sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut selepas menjamu selera.


SELAMAT MENJAMU SELERA

Isnin, 12 Januari 2015

Resepi Kek Coklat Kukus




Assalammualaikum dan salam sejahtera, Saya Nur Sakinah atau lebih dikenali sebagai "Bintang Hati". Ini merupakan blog resepi yang pertama kali diterbitkan oleh saya. Saya harap anda semua menyukainya.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi Kek Coklat Kukus yang merupakan kek kegemaran saya dan digemari ramai. Saya ambil resepi ini daripada ibu saya sendiri dan saya kongsikan resepi ini kepada anda semua supaya kita sama-sama dapat mencuba resepi ibu saya ini.

Antara bahan-bahannya :


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak/ marjerin
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu esen vanilla
1/2 sukatan air

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus


  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan pengukus dan pastikan sukatan 1/2 air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  6. Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.

Harap perkongsian ini dapat membantu anda memiliki keinginan untuk mencuba resepi ini di rumah dengan mudah dan rasailah keenakkan kek coklat kukus ini.



                                           SELAMAT MENJAMU SELERA