Khamis, 22 Januari 2015


MY SIMPLE RESEPI PUDING ROTI

Resepi kali ini adalah percubaan kali pertama dari saya. Resepi ini saya perolehi daripada sahabat saya sendiri. Hasil perkongsian resepi ini, saya berjaya menghasilkan puding roti yang lazat.
Resepi puding ini begitu mudah untuk dipelajari dan dihasilkan  kerana bahan-bahannya mudah diperolehi dan cara-cara penyediaannya juga begitu mudah.
Oleh itu, saya sertakan resepi ringkas puding roti ini untuk berkongsi dengan anda semua.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 3 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*
  • 7 sudu gula(3 sudu untuk gula hangus selebihnya di kisar)

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masak 3 sudu gula sampai gula tersebut perang(gula hangus).
  2. Selepas gula tersebut perang, tutup api.
  3. Masukkan bahan-bahan bertanda * termasuk 4 susu gula ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar halus.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar halus tadi ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang telah di masak itu.
  5. Selepas itu, kukus sampai masak. Setelah di kukus hingga masak, biarkan puding roti tersebut sejuk terlebih dahulu.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangan puding roti sejuk-sejuk memang sedap



Puding roti sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut selepas menjamu selera.


SELAMAT MENJAMU SELERA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan