Khamis, 22 Januari 2015


MY SIMPLE RESEPI PUDING ROTI

Resepi kali ini adalah percubaan kali pertama dari saya. Resepi ini saya perolehi daripada sahabat saya sendiri. Hasil perkongsian resepi ini, saya berjaya menghasilkan puding roti yang lazat.
Resepi puding ini begitu mudah untuk dipelajari dan dihasilkan  kerana bahan-bahannya mudah diperolehi dan cara-cara penyediaannya juga begitu mudah.
Oleh itu, saya sertakan resepi ringkas puding roti ini untuk berkongsi dengan anda semua.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 3 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*
  • 7 sudu gula(3 sudu untuk gula hangus selebihnya di kisar)

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masak 3 sudu gula sampai gula tersebut perang(gula hangus).
  2. Selepas gula tersebut perang, tutup api.
  3. Masukkan bahan-bahan bertanda * termasuk 4 susu gula ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar halus.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar halus tadi ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang telah di masak itu.
  5. Selepas itu, kukus sampai masak. Setelah di kukus hingga masak, biarkan puding roti tersebut sejuk terlebih dahulu.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangan puding roti sejuk-sejuk memang sedap



Puding roti sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut selepas menjamu selera.


SELAMAT MENJAMU SELERA

Isnin, 12 Januari 2015

Resepi Kek Coklat Kukus




Assalammualaikum dan salam sejahtera, Saya Nur Sakinah atau lebih dikenali sebagai "Bintang Hati". Ini merupakan blog resepi yang pertama kali diterbitkan oleh saya. Saya harap anda semua menyukainya.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi Kek Coklat Kukus yang merupakan kek kegemaran saya dan digemari ramai. Saya ambil resepi ini daripada ibu saya sendiri dan saya kongsikan resepi ini kepada anda semua supaya kita sama-sama dapat mencuba resepi ibu saya ini.

Antara bahan-bahannya :


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak/ marjerin
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu esen vanilla
1/2 sukatan air

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus


  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan pengukus dan pastikan sukatan 1/2 air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  6. Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.

Harap perkongsian ini dapat membantu anda memiliki keinginan untuk mencuba resepi ini di rumah dengan mudah dan rasailah keenakkan kek coklat kukus ini.



                                           SELAMAT MENJAMU SELERA